BismiLlahirRahmanirRahim~
Ana tertarik dengan satu post facebook sahabat ana,
Alfarasyah Solehah tentang mak dan ayah. Tanpa kedua-dua mereka, tiadalah kita.
Bersyukur pada rahmat Ilahi dengan kurniaan yang tiada tolak bandingnya dengan
menganugerahi kita ibunda dan ayahanda yang hebat kepada kita.
AlhamduliLlah~!! Hargai mereka selagi mereka masih bernafas di muka bumi ini.
Salam, peluk, cium, kasihi dan sayangi mereka seperti mana mereka menyayangi
kita sejak kecil..
....
"Ada dekat mana tu abah? Nak ucap salam ma'al
hijrah."
"Ni haa. Dekat kedai sabasun. Cari barang sikit ni. Tu lah. Banyak-banyak doa. Sini pun tengah hujan."
"Ni haa. Dekat kedai sabasun. Cari barang sikit ni. Tu lah. Banyak-banyak doa. Sini pun tengah hujan."
"Cantik. Petang jumaat, hujan, berkat doa abah lagi.
Doakan kami nak exam. Hehe."
"Elya, mak ayah ni selalu doa dekat anak-anak. Anak-anak je yang ingat ke tak mi dengan abah dalam doa."
"Elya, mak ayah ni selalu doa dekat anak-anak. Anak-anak je yang ingat ke tak mi dengan abah dalam doa."
"InsyaAllah abah, ingat insyaAllah."
"Baru lagi hari tu abah tanya ustaz dekat kelas ngaji,
"Baru lagi hari tu abah tanya ustaz dekat kelas ngaji,
'Ustaz, sampai tak kalau saya baca alQuran niat nak
sedekah dekat arwah ayah saya.'
Ustaz jawab,
'Tak perlu niat pun. Sebab setiap amal kita, ngaji kitab ke, ngaji alQuran ke, semua direct sampai pada mak ayah dekat sana. Hadis ada sebut tiga amal yang tak putus walaupun kita dah meninggal dan salah satunya anak soleh.'

Ingat elya, ingat untuk doakan mi abah nanti. Buat amal
soleh. Tu je pencen kubur mi abah. Jadi anak solehah. Saling ingatkan adik
beradik tu."
"Abah..."
"Tazkirah awal Muharram sikit. Ok, jaga diri tu......."
"Tazkirah awal Muharram sikit. Ok, jaga diri tu......."
Elya matikan talian.
Segaris senyum terukir sambil jari telunjuknya menyeka air mata yang hampir jatuh ke pipi.
Segaris senyum terukir sambil jari telunjuknya menyeka air mata yang hampir jatuh ke pipi.
Pencen
kubur mak ayah itu kita,
Kita.
Kita.
Ya, kita lah amal bonda dan ayahanda apabila mata bundar
mereka nanti terpejam rapat.
:')
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya, Rasulullah
SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali
dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak
soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Semoga kita menjadi dan bakal dikurniakan pula saham-saham
yang mengalir. Moga-moga. InsyaAllah.
---
Pesan 'syeikhah kabeerah',
Jangan tinggal alQuran, walaupun sibuk. InsyaAllah ada keberkatan. :)
Antara hadiah untuk bonda dan ayahanda, mohon doanya
untuk dipermudah. Saling mendoakan, sentiasa. InsyaAllah.
...
Ummi Abah, akak rinduuu~
BarakaLlahulakum fiddunya wal akhirah..
Wallahua’lam. Salam kasih sayang <3