Ana mulakan coretan ini dengan nama-Mu, Yang Maha
Pengasih Lagi Maha Penyayang. Menyingkap kisah pada bulan Mei dua tahun lalu,
pertama kali ana menjejakkan kaki ke Universiti Sains Islam Malaysia dalam
pengajian Tamhidi Pergigian. Masih ingat ana pada Kolej Kediaman Nilam Court
(KKNC) di mana ana ditempatkan di bangunan blok E, tingkat 2, rumah nombor 8
dan bilik nombor 2 (E2-8-2). Dalam rumah ana ada 8 orang termasuk ana di mana
kesemuanya dalam tamhidi yang sama.
.TasikDepanKKNC .KampusUsimTungguBas .PortDickson
Bilik pertama :
Amirah Bokti (Amy) – Kelantan
Nur Najihah Gan (Jie) – Terengganu
Nur Salimi Ismail (Lynn) – Kelantan
Siti Nur Anisah (Anis) – Terengganu
Bilik kedua :
Siti Fatimah Husaini (Imah) – Selangor
(Imah pun
dah masuk IPG Kampus Perempuan Melayu Melaka sebulan selepas pendaftaran USIM)
Ana
Bilik ketiga :
Nur Najwa Athirah Elias (Najwa) – Kuala Lumpur (Asal Kelantan)
‘Izzah Hayati (Izzah) – Kelantan
Pada pagi hari kuliah, kita sama-sama bersiap dan
beratur panjang menunggu bas. Di kampus, kita pergi bilik tutorial atau dewan
kuliah dari pagi sampai petang. Hari Khamis, kita ada waktu makmal Biologi,
Kimia dan Fizik. Kemudian balik rumah, sama-sama buat laporan makmal dan lukis
semua keputusannya sambil bincang soalan tutorial. Semasa menunggu waktu
maghrib, pasti ada yang pakat main tarik sejadah seseorang untuk menjadi imam.
Hhehe. Sungguhhh!! Rindu saat itu...
SahabatfiLlah di kampus USIM :)
Pada hujung minggu, pagi sabtu atau ahad, kita
pergi jogging keliling tasik depan KKNC dua-tiga kali. Kemudian, masa tengahari
kita beli nasi dan lauk-pauk di gerai depan kolej dan makan berjemaah. Teringat
juga waktu kita belajar sama-sama, yang mana soalan yang ana tak boleh buat,
boleh rujuk pada sahabat-sahabat yang pakar dalam subjek tertentu.
Merakam Memori Di Kafe KKNC~
Malam sebelum kuliah ‘Science and Technology in
al-Quran and as-Sunnah’, kita pakat belek kamus cari maksud esei bahasa Arab
yang akan dipelajari esok hari sebab ustaz akan panggil dan sebut nama secara
rawak untuk menterjemah bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu. Pernah juga satu kali
kita keluar ke bandar, kita beli barang dan makan makan sama-sama di Giant dan KFC
Nilai. Penuh satu troli kita membeli barang peribadi dan keperluan rumah. :D
Suatu hari selepas ana mendapat tawaran untuk
masuk ke IPG, ada sahabat yang mengatakan, ‘Pasti Piya seronokkan nak masuk
IPG.’ Zupp.. Satu hakikat yang pahit ditelan kerana untuk masuk ke IPG,
pastilah ana perlu keluar daripada pengajian di USIM. Allahu~!! Ketahuilah
sahabat-sahabatku, walaupun secara jasadnya ana dah keluar USIM, tapi antum
semua tetap berada dalam hati dan ingatan ana. J
Pada malam terakhir di bumi USIM, kita ada buat
‘haflatu wida’’ (majlis perpisahan) dalam rumah kita. Sambil-sambil kita
menjamu selera makan benjo, kita ada buat ucapan setiap orang dan akhir sekali
ucapan ana. Masing-masing semasa bercakap pegang tisu...AllahuAllah :’(
Kelas Tutorial 3 Tamhidi Pergigian 2012/2013~
Walau ana hanya bersama kalian di sana cuma 7
minggu, tetapi ana rasa sangat rapat dan sedih yang teramat nak berpisah.
Semasa mak saudara ana sudah sampai di KKNC untuk mengambil ana, ramai yang
menghantar ana ke pintu pagar, antaranya 6 sahabat rumah, sahabat sekolah
SHAMS, sahabat Terengganu dan sahabat kuliah. Tika bersalam kali terakhir,
segala ucapan antum tak bisa ana balas sebab terlalu sebak. Sepanjang
perjalanan dari Nilai ke Kuala Lumpur, mutiara jernih tidak berhenti mengalir
membasahi pipi. Sakitnya. Peritnya perpisahan ini. AllahuRabbi~!!
Sahabat
Yang Ana Sayangi Kerana Allah......
Ketahuilah, ana sangat menyayangi kalian. Merindui
kalian. Moga ukhwah yang terjalin ini kekal mewangi hingga ke Syurga Ilahi nun
di sana. Walau apa pun bidang yang kita ceburi kini, cintailah ia. Susah senang
tiap perkara pasti akan ada hikmah di sebaliknya. Dan ia pasti yang TERBAIK
untuk kita kerana DIA yang Maha Merancang. Walaupun pada awalnya kita turut
merancang, akan tetapi DIAlah yang sebaik-baik perancang. Moga Allah membalas
kebaikan yang antum lakukan dan ana berdoa agar Allah sentiasa memayungi
sahabat-sahabat ana ini dengan rahmat dan kasih sayang-Nya.
Terharu~!! Terima kasih sahabat-sahabat <3
UHIBBUKUM
FILLAH ABADAN ABADA SAHABAT.
FII
HIFZILLAH.
Kad diberi tanda ingatan pada hari terakhir di USIM..
Muka belakang kad :)
Kreatif sahabat-sahabat ana ni \(^_^)/
JazakiLlahu khairan jazak J
Pertemuan yang diatur oleh Yang Maha Esa :)
Terjumpa di stesyen bas PUTRA setelah setahun tidak ketemu jasad.
.Amy .Izzah .Nas
Jumpa kak long Amy di Konvensyen Wanita Islam (KONWANIS) di Cyberjaya..
Semasa ralit melihat buku, tiba-tiba ada orang pegang tangan..
SubhanaLlah. Lynn~!!!
Terjumpa di Pesta Buku Antarabangsa KL @ PWTC..
SubhanaLlah. Lynn~!!!
Terjumpa di Pesta Buku Antarabangsa KL @ PWTC..
**Tidak dapat ana ungkapkan setiap detik kenangan
bersama kalian.
Biarlah ia hidup sebagai memori terindah**
Rakan-rakan kuliah Tamhidi Pergigian (^_^)
Wallahua’lam. Salam Mahabbah <3